"Produk Insurans Terbaik No.1 Di Malaysia"
Kami membantu anda merancang sesuatu yang tidak dirancang...
Contoh Medical Card SmartMedic 100 |
MEDICAL CARD - SmartMedic 100
-menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin
-menguruskan segala bil perubatan sejurus anda keluar dari hospital panel*
-memberikan perlindungan komprehensif kepada anda dan keluarga anda
-SmartMedic 100 bekerjasama dengan salah sebuah 'Managed Care Organization' iaitu Metronic iCares Services dan memberi bantuan percuma 24 jam
-menyediakan perlindungan sehingga umur 80 tahun!
-menawarkan Khairat Kematian** sebanyak RM5,000
-memberi perlindungan di seluruh dunia seperti :
- Program Bantuan Perubatan Antarabangsa - pemindahan perubatan kecemasan,penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan,penghantaran ubat yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan,penghantaran balik mayat,kepulangan anak-anak tanggungan,24 jam khidmat bantuan untuk rujukan perubatan dan sebagainya.
- Bantuan Perjalanan*** - menyediakan maklumat berkaitan inokulasi,keperluan visa,bantuan penemuan kehilangan bagasi,dokumen dan barang-barang persendirian,maklumat cuaca,maklumat pertukaran asing,aturan dan informasi penerbangan,rujukan perundangan,rujukan penterjemahan dan penyampaian mesej kecemasan.
- Bantuan Kereta*** - penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan,bantuan kereta sewa,bantuan urusan penginapan hotel dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.
- Bantuan Kediaman*** - perkhidmatan membaiki paip,tukang cuci,pembaikan am dan kawalan serangga perosak.
Jadual Faedah :
- Bilik Hospital & Makan
- Unit Rawatan Rapi
- Bekalan dan Khidmat Hospital
- Yuran Pembedahan & Pakar Bius
- Bilik Bedah
- Ujian Diagnostik Pra-Hospital
- Rundingan Pakar Pra-Hospital
- Lawatan Pakar Sebelum & Selepas Penghospitalan
- Rawatan Kemalangan & Kecemasan
- Rawatan Fisioterapi
- Ambulans
- Rawatan Kanser
- Elaun Tunai Harian
- Penjagaan Kejururawatan
- Manfaat Penjagaan Kanak-Kanak
- Yuran Laporan Perubatan
- Cukai Perkhidmatan Kerajaan
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 59 tahun yang mempunyai kadar kesihatan yang baik.
PERKONGSIAN LEBIHAN
Lebihan pada akhir tahun (jika ada) akan dikongsi di antara peserta dan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Tiada lebihan akan dibayar jikalau peserta menyerahkan sijil kembali kepada MAA Takaful atau sijil dimansuhkan disebabkan oleh tuntutan yang dibuat.
PELEPASAN CUKAI
Caruman tahunan yang dibayar untuk SmartMedic 100 akan layak untuk pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 , tertakluk kepada keputusan muktamad dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.
PENGECUALIAN
Sebarang kecederaan/kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut:
- Penyakit sedia ada
- Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
- Sesiapa sahaja yang menetap di luar negara lebih daripada 90 hari berturut-turut,yang mana sijil masih lagi aktif
- Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
- Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
- Peperangan,mogok dan rusuhan
- Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata
- Kehamilan,keguguran kandungan atau kelahiran anak
- Gangguan mental atau saraf
- Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya
- Pembedahan kosmetik,elektif atau plastik, ataupun keabnormalan atau kecacatan kognetial
- Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
- Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tidak melibatkan kemasukan ke hospital
- Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
- Perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful
- Penjagaan peribadi,rehat pulih atau jagaan kebersihan,dadah yang tidak dibenarkan,kemabukan,penstrilan,penyakit venereal dan sekuelnya,AIDS atau ARC dan penyakit berkaitan HIV,dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.
TARIKH TAMAT SIJIL
Sijil SmartMedic 100 akan tamat jika:
- Caruman anda tidak dibayar lebih dari 31 hari
- Pemegang Sijil telah mencapai umur 80 tahun
- Selepas pembayaran untuk Khairat Kematian
- Jumlah faedah yang dibayar kepada Orang Yang Dilindungi telah melebihi Had Seumur Hidup
- Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja)
NOTA
- Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan - Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital pada kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak.Orang Yang Dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan.
- Faedah Keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
- Faedah Keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
- Brosur ini adalah untuk maklumat am sahaja.Ia bukanlah sijil perlindungan Takaful.
- Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful.
* Tertakluk kepada kelayakan dan faedah had pelan.Sila rujuk kepada jadual faedah.
**Faedah Khairat Kematian hanya didapati pada Pelan Asas SmartMedic 100 sahaja.
***Khidmat rujukan sahaja.Apa-apa perbelanjaan dan/atau tanggungan akan ditanggung oleh pemilik sijil.Segala khidmat bantuan disediakan oleh pihak ketiga dan penyambungan khidmat bantuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian diantara Pengendali Takaful dan pengendali khidmat bantuan.
Insurans Hayat yang Lain :
- Insurans Kemalangan
- Insurans Hilang Upaya
- Insurans Penyakit Kronik
- Dana Pendidikan
- Dana Persaraan
- Dana Simpanan
- Dana Pelaburan