Friday, January 6, 2012

ENHANCED ROAD WARRIOR

1.Faedah Kemalangan Diri 
a)Faedah Kematian/Hilang Upaya Kekal : akan membayar Jumlah Pokok sekiranya berlaku kematian sebab kemalangan hingga ke jumlah yang disebutkan dalam Jadual Faedah-faedah untuk Hilang Upaya Kekal berikutan sesuatu kemalangan di dalam sesebuah kenderaan.Faedah ini juga diperluaskan untuk melindungi Pihak Diinsuranskan,24 jam sehari tanpa mengira sama ada anda berada di dalam kenderaan itu atau tidak.

b)Faedah Belanja Perubatan : membayar ganti belanja perubatan sehingga -
 
#Termasuk bilik hospital dan penginapan ,klinikal,rawatan perubatan dan pembedahan berikutan sesuatu kemalangan di dalam kenderaan itu.

c)Faedah kematian : membayar sehingga RM500.00 sebagai elaun kematian dalam peristiwa kematian pemandu dan/atau penumpang akibat kemalangan di dalam kenderaan itu.
d)Faedah Tanggung Rugi Berganda : akan membayar dua kali ganda dari Jumlah Pokok jika pemandu dan/atau penumpang menderita samada kuadraplegia kekal atau lumpuh menyeluruh dari leher ke bawah atau kematian jika kemalangan melibatkan kenderaan berlaku sewaktu cuti umum seluruh Malaysia.
e)Faedah Pembedahan Pembetulan Kosmetik : akan membayar sehingga RM1,000.00 untuk bayaran tambahan yang dikeluarkan untuk pembedahan pembetulan kosmetik pada bahagian leher atau kepala selepas kemalangan di dalam kenderaan itu.
f)Faedah Pendapatan Hospital: faedah seharian (maksimum sehingga 60 hari) :-

#Dibayar kepada pemandu dan/atau penumpang untuk tempoh penghospitalan akibat kemalangan di dalam kenderaan itu.

2.Program Bantuan Kereta
a)Khidmat Tunda Kecemasan 24-Jam : jika mustahil untuk memperbaiki kenderaan dengan segera , Mondial akan membantu untuk menunda kenderaan hingga 600km (dua hala oleh kereta tunda).Hanya akan dikenakan bayaran kos tunda tambahan jika perjalanan dua hala melebihi 600km.Tambahan kos penunda adalah sekitar RM1.50 per km.Namun,kos penunda adalah berubah-ubah mengikut kadar di pasaran.Bayaran tol termasuk dalam perkhidmatan sehingga RM20.00 (dua hala).Bayaran tol tambahan harus ditanggung oleh pemandu.
b)Pembaikan Kerosakan Kecil Kereta Di Tepi Jalan : mondial  akan mengaturkan dan membayar kos tenaga kerja untuk pembaikan di tepi jalan sehingga kerja maksimum 2 jam setiap kejadian.
c)Bantuan Teksi dan Kereta Sewa : Jika berlaku kerosakan melibatkan kenderaan itu dan pemandu memerlukan teksi atau kereta sewa, Mondial akan merujuk dan membantu pemandu untuk mendapatkan khidmat teksi atau kereta sewa.Untuk kemalangan,sebuah kereta pengganti akan diatur mengikut Seksyen di Faedah-faedah Tambahan 3(a).Untuk kerosakan,perkhidmatan tersebut anda akan dibayar balik sehingga maksimum :


d)Mengaturkan Penginapan Hotel : jika berlaku kerosakan melibatkan kenderaan itu dan pemandu memerlukan penginapan hotel,Mondial akan membantu pemandu dalam mengaturkan tempahan hotel.Bayaran balik untuk penginapan hotel sehingga RM400.00.Setiap bayaran tambahan yang dikeluarkan bagi hotel harus ditanggung oleh pemandu.


e)Bantuan Antarabangsa : dalam hal terjadi kerosakan atau kemalangan yang melibatkan kenderaan semasa di Singapura atau Thailand,pemandu berhak untuk mendapatkan perkhidmatan tunda secara percuma ke bengkel berdekatan yang dipilih oleh Mondial di Singapura atau Thailand.Mondial boleh membantu pemandu dalam mengaturkan repatriasi kenderaan pemandu ke Malaysia.Mondial tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kos repatriasi.
f)Mengaturkan Evakuasi Kecemasan : jika dalam kecemasan dan memerlukan bantuan perubatan akibat kerosakan atau kemalngan,Mondial akan mengaturkan ambulans atau pengangkutan lain untuk menghantar pemandu ke pusat perubatan  atau hospital yang berdekatan.Semua kos yang dikeluarkan harus ditanggung oleh pemandu.
g)Rujukan Pusat Servis : pemandu boleh menghubungi Mondial untuk mengaturkan rujukan untuk pusat pembaikan dan servis terdekat bagi tujuan pembaikan kereta atau servis.Mondial juga akan mengaturkan temu janji untuk pemandu jika diperlukan.Semua kos yang dikeluarkan harus ditanggung oleh pemandu.
h)Penghantaran Mesej Kecemasan : dalam keadaan kecemasan akibat kerosakan atau kemalangan melibatkan kenderaan,Mondial akan membantu menghubungi keluarga pemandu dan memberitahu tentang keadaan pemandu kepada keluarga pemandu jika pemandu meminta berbuat demikian.

3.Faedah-faedah Tambahan
a)Penggantian kereta : jika berlaku kerosakan sendiri,kehilangan menyeluruh atau tuntutan kecurian,kereta gantian akan disediakan (setiap satu dan setiap insiden) untuk maksimum :-


b)Perlindungan belas kasihan : dalam hal terjadi kehilangan menyeluruh atau tuntutan kecurian,anda akan menerima jumlah yang setara dengan  10% dari Jumlah Yang Diinsuranskan ke atas kenderaan,dikenakan maksimum :

#Tertakluk kepada kenderaan di bawah Polisi Motor Komprehensif Kereta Persendirian

c)Perlindungan Banjir : dalam kejadian kerosakan kenderaan akibat banjir,syarikat insurans akan membayar sehingga RM1,500.00 bagi kos pembaikan ke atas kenderaan itu.

4.KELAYAKAN :
pemilik kenderaan berumur di antara 17 hingga 80 tahun.


5.JADUAL PREMIUM : -


*Sila tambah RM10 untuk Duti Setem


6.PENGECUALIAN :
Faedah Program Bantuan Kereta hanya akan diberikan kepada kenderaan berdaftar dengan Mondial.Mondial tidak akan memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan atau dalam keadaan berikut :
  1. Sebarang perkhidmatan yang tidak dikendalikan secara langsung atau pra-kelulusan oleh mondial.
  2. Kos perkhidmatan yang boleh dituntut di bawah Polisi Insurans Motor (contohnya kos tunda di dalam sesuatu kejadian kemalangan).
  3. Setiap bayaran alat-alatan dan kos pembaikan di man-aman pusat bengkel atau pusat perkhidmatan.
  4. Jika kenderaan sedang atau telah diubahsuai untuk penyertaan dalam lumba litar dan perlumbaan atau telah diubahsuai dan melanggar undang-undang kerajaan.
  5. Syarat-syarat perkhidmatan di luar had wilayah yang ditetapkan.
  6. Kegagalan pemandu/Pihak Diinsuranskan dan/atau penumpang kenderaan mengambil tindakan pencegahan atau mematuhi amaran-amaran melalui media massa tentang apa-apa mogok,rusuhan atau kekecehon awam.
  7. sebarang tindakan yang menyalahi atau melanggar undang-undang oleh pemandu/Pihak Diinsuranskan dan/atau penumpang kenderaan untuk tujuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.
  8.  Setiap kenderaan perdagangan.
  9. Apabila kunci kereta tidak dijumpai atau terkunci dari dalam kenderaan.
  10. Apabila tiada bahagian mekanikal dalam kenderaan seperti tiada enjin atau transmisi.
  11. Menunda kenderaan dengan tujuan membuang kenderaan.
  12. Menunda kenderaan dengan tujuan memindahkan kenderaan dari satu bengkel ke bengkel yang lain.
  13. Tiada pelekat cukai jalan ditunjukkan pada kenderaan.
  14. Menunda kenderaan curi yang telah ditemui,yang ditinggalkan atau kerana vandalisme.
  15. Kenderaan yang telah dibongkar seluruhnya atau sebahagian di bengkel.
  16. Menunda kenderaan  yang adalah lebih besar daripada yang dibenarkan/ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam spesifikasi pengeluar.
  17. Menunda kenderaan yang nombor pendaftarannya tidak sama dengan nombor yang berdaftar dengan mondial.
  18. Jika kenderaan mengalami kerosakan mekanikal dan tersadai di permukaan jalan yang tidak berturap atau di atas jalan raya dari Sitem Jalanraya Malaysia,Singapura dan/atau Thailand.
  19. Jika kenderaan memerlukan penggunaan peralatan khusus ketika pembaikan.

No comments: