1.Faedah Kemalangan Diri (Setiap Unit)
a)Faedah Kematian/Hilang Upaya Kekal : Membayar Jumlah Pokok jika berlaku kematian akibat kemalangan dan sehingga jumlah seperti dinyatakan dalam Jadual Faedah untuk Hilang Upaya Kekal yang berlaku di dalam kenderaan.Faedah ini juga diperluas untuk melindungi Pihak Diinsuranskan dalam Jadual,24 jam sehari tidak kira samada anda berada di dalam kenderaan atau tidak.
b)Faedah Belanja Perubatan : membayar ganti belanja perubatan sehingga RM1,000.00 termasuk bilik hospital dan penginapan ,klinikal,rawatan perubatan dan pembedahan berikutan sesuatu kemalangan di dalam kenderaan itu.
c)Faedah Kematian : sebagai tambahan ,syarikat insurans akan membayar RM500.00 sebagai elaun kematian dalam peristiwa kematian pemandu dan/atau penumpang akibat kemalangan di dalam kenderaan itu.
d)Faedah Tanggung Rugi Berganda : membayar dua kali ganda dari Jumlah Pokok jika pemandu dan/atau penumpang menderita samada kuadraplegia kekal atau lumpuh menyeluruh dari leher ke bawah atau kematian jika kemalangan melibatkan kenderaan berlaku sewaktu cuti umum seluruh Malaysia.
e)Faedah Pembedahan Pembetulan Kosmetik : di samping membayar kos perubatan,syarikat insurans juga akan membayar sehingga RM1,000 untuk bayaran tambahan yang dikeluarkan untuk pembedahan pembetulan kosmetik pada bahagian leher atau kepala selepas kemalangan di dalam kenderaan itu.
f)Faedah Pendapatan Hospital : faedah harian RM300.00 (maksimum sehingga 60 hari) dibayar kepada pemandu dan/atau penumpang untuk tempoh penghospitalan akibat kemalangan di dalam kenderaan itu.
2.Program Bantuan Kereta
a)Khidmat Tunda Kecemasan 24-Jam : jika mustahil untuk memperbaiki kenderaan dengan segera,Mondial akan membantu untuk menunda kenderaan hingga 450km (dua hala oleh kereta tunda).Pemandu hanya akan dikenakan bayaran kos tunda tambahan,jika perjalanan dua hala melebihi 450km.Tambahan kos penunda adalah sekitar RM1.50 per km.Namun,kos penunda adalah berubah-ubah mengikut kadar di pasaran.SEMUA kos yang dikeluarkan untuk bayaran tol(jika ada),harus ditanggung oleh pemandu.
b)Pembaikan Kerosakan Kecil Kereta Di Tepi Jalan : mondial akan mengatur dan membayar kos tenaga kerja untuk pembaikan di tepi jalan sehingga kerja maksimum 2 jam setiap kejadian.Mondial tidak bertanggungjawab atas segala kos yang dikeluarkan untuk alat-alatan yang diperlukan semasa Pembaikan Kerosakan Kecil Kereta Di Tepi Jalan.
c)Bantuan Teksi dan Kereta Sewa : jika pemandu memerlukan teksi atau kereta sewa di saat berlaku kerosakan melibatkan kenderaan itu,Mondial akan merujuk dan membantu pemandu untuk mendapatkan khidmat teksi atau kereta sewa.Kos teksi atau kereta sewa harus ditanggung oleh pemandu.
d)Mengaturkan Penginapan Hotel : jika berlaku kerosakan melibatkan kenderaan dan pemandu memerlukan penginapan hotel,Mondial akan membantu pemandu dalam mengaturkan tempahan hotel.Semua kos yang yang dikeluarkan untuk penginapan hotel harus ditanggung oleh pemandu.
e)Bantuan Antarabangsa : dalam hal terjadi kerosakan atau kemalangan yang melibatkan kenderaan semasa di Singapura atau Thailand,pemandu berhak untuk mendapatkan perkhidmatan tunda secara percuma ke bengkel berdekatan yang dipilih oleh Mondial di Singapura atau Thailand.Mondial boleh membantu pemandu dalam mengaturkan repatriasi kenderaan pemandu ke Malaysia.Mondial tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kos repatriasi.
f)Mengaturkan Evakuasi Kecemasan : jika dalam kecemasan dan memerlukan bantuan perubatan akibat kerosakan atau kemalngan,Mondial akan mengaturkan ambulans atau pengangkutan lain untuk menghantar pemandu ke pusat perubatan atau hospital yang berdekatan.Semua kos yang dikeluarkan harus ditanggung oleh pemandu.
g)Rujukan Pusat Servis : pemandu boleh menghubungi Mondial untuk mengaturkan rujukan untuk pusat pembaikan dan servis terdekat bagi tujuan pembaikan kereta atau servis.Mondial juga akan mengaturkan temu janji untuk pemandu jika diperlukan.Semua kos yang dikeluarkan harus ditanggung oleh pemandu.
h)Penghantaran Mesej Kecemasan : dalam keadaan kecemasan akibat kerosakan atau kemalangan melibatkan kenderaan,Mondial akan membantu menghubungi keluarga pemandu dan memberitahu tentang keadaan pemandu kepada keluarga pemandu jika pemandu meminta berbuat demikian.
3.KELAYAKAN :
pemilik kenderaan berumur di antara 17 tahun hingga 80 tahun.
4.JADUAL PREMIUM :-
![]() |
Sila tambah RM 10 bagi Duti Setem. |
5.PENGECUALIAN :
Faedah Program Bantuan Kereta hanya akan diberikan kepada kenderaan berdaftar dengan Mondial.Mondial tidak akan memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan atau dalam keadaan berikut :
- Sebarang perkhidmatan yang tidak dikendalikan secara langsung atau pra-kelulusan oleh mondial.
- Kos perkhidmatan yang boleh dituntut di bawah Polisi Insurans Motor (contohnya kos tunda di dalam sesuatu kejadian kemalangan).
- Setiap bayaran alat-alatan dan kos pembaikan di man-aman pusat bengkel atau pusat perkhidmatan.
- Jika kenderaan sedang atau telah diubahsuai untuk penyertaan dalam lumba litar dan perlumbaan atau telah diubahsuai dan melanggar undang-undang kerajaan.
- Syarat-syarat perkhidmatan di luar had wilayah yang ditetapkan.
- Kegagalan pemandu/Pihak Diinsuranskan dan/atau penumpang kenderaan mengambil tindakan pencegahan atau mematuhi amaran-amaran melalui media massa tentang apa-apa mogok,rusuhan atau kekecehon awam.
- sebarang tindakan yang menyalahi atau melanggar undang-undang oleh pemandu/Pihak Diinsuranskan dan/atau penumpang kenderaan untuk tujuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.
- Setiap kenderaan perdagangan.
- Apabila kunci kereta tidak dijumpai atau terkunci dari dalam kenderaan.
- Apabila tiada bahagian mekanikal dalam kenderaan seperti tiada enjin atau transmisi.
- Menunda kenderaan dengan tujuan membuang kenderaan.
- Menunda kenderaan dengan tujuan memindahkan kenderaan dari satu bengkel ke bengkel yang lain.
- Tiada pelekat cukai jalan ditunjukkan pada kenderaan.
- Menunda kenderaan curi yang telah ditemui,yang ditinggalkan atau kerana vandalisme.
- Kenderaan yang telah dibongkar seluruhnya atau sebahagian di bengkel.
- Menunda kenderaan yang adalah lebih besar daripada yang dibenarkan/ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam spesifikasi pengeluar.
- Menunda kenderaan yang nombor pendaftarannya tidak sama dengan nombor yang berdaftar dengan mondial.
- Jika kenderaan mengalami kerosakan mekanikal dan tersadai di permukaan jalan yang tidak berturap atau di atas jalan raya dari Sitem Jalanraya Malaysia,Singapura dan/atau Thailand.
- Jika kenderaan memerlukan penggunaan peralatan khusus ketika pembaikan.
No comments:
Post a Comment